This is dedicated to all human survival modes. Robust health is essential if we want to meet our goals in this life. It is never too late to be wise. It is never too early to revise.
Yes, there are cultural elements in how we celebrate Shawal, but hey, Muslims all over the world infuse their own culture in their own celebrations.
Also, it’s not wise, for someone of his stature (a teacher, no less) to paint a community into one broad paintbrush. It’s called stereotyping. And frankly, this community could do with less of that.
And the tone of his writing is condescending. I don’t like people to talk down to me, and I bet very few people do.
Well done, Ustadz Pasuni. I love his last sentence most.
Inshaallah ada seorang guru ugama yang dapat menukarkan amalan di bulan Ramadhan dan Syawal.Saya,rosemawar yang menulis artikel amalan di bulan Ramadhan dalam forum bulan lalu.Kasihan orang yang tidak berkemampuan sanggup berhutang nak cantikkan rumah kerana nak setanding dengan orang yang berada,takut orang tak datang rumah atau malu dan jadi percakapan orang2 yang ziarah,ini pernah terjadi pada jiran blok saya yang sedih dengan ucapan orang2 yang datang berhari raya di rumah nya.Setiap kali keluar dari pintu rumahnya,yang dia dengar hanya ucapan KESIHAN.dan dia pun terpaksa berhutang untuk kasi duit raya pada budak2,kerana tidak mahu menghampakan kanak2 yang berhari raya di rumahnya.Takkan setiap tahun bila datang Hari Raya ,akan timbul masaalah bagi kaum yang senasib dgn nya.?
bunyinya seperti orang yang yg berfikiran moden dan memandang perkara yg biasa diamalkan dalam masyarakat kita seperti remeh.
apakah ia lebih baik sekiranya kita menyambut secara ringkas seperti di negeri lain? malam raya bertakbir esoknya berziarah.. itu saja?
tentang komen yg ditinggalkan rose mawar, saja juga ada berfikir begitu.. bukankah mereka yg tidak berkemampuan akan menjadi ‘mangsa’ kepada cara kita beraya yg ada sedikit unsur ‘materialistik’???
Mujurlah ada Ust. Pasuni Maulan and I think it’s time to close this issue for rebut-counter-rebut and to move on to be a very good Muslim.
Pada pandangan saya penulis itulah yang sebenarnya keliru untuk membezakan dan memahami mengapa orang Melayu merayakan Aidilfitri sedemikian adanya. Artikel itu mencerminkan pengetahuan dan pemahaman penulis yang cetek tentang isu kebudayaan dan keagamaan sesebuah masyarakat. Walaupun dia seorang guru disebuah madrasah yang sangat dikenali, tetapi ternyata dia sangat lemah dan keliru tentang mata pelajaran Kebudayaan khususnya Kebudayaan Melayu. Walaupun dia tidak bangga dengan kebudayaannya sendiri, tetapi dia harus memahaminya kerana dia adalah seorang guru. Saya cadangkan dia mencari seorang guru untuk belajar kebudayaan Melayu.
poyo la pulak ko ni
Assalamualakum.
Izinkan saya ingin berkongsi pandangan.
Kalau kita sebagai insan yang cerdik dan tahu menilai perbezaan gaya menulis, kita akan lihat sebenarnya penuilis ini seolah-olah sedang berborak-borak atau berbual-bual. Dan kita sebagai orang yang diajak bual.
Bahasanya agak santai, macam orang yang sedang bercakap. Tidak satu perkataan pun yang penulis gunakan yang menunjukkan bahawa beliau malu menjadi orang Melayu atau tidak bangga dengan kebudayaaan Melayu.
Apa yang dilakukan adalah berkongsi apa yang ada yang telah beliau amati dan pemerhatiannya secara peribadi dan dipindahkannya dalam bentuk tulisan.
Beliau hanya mahu kita sama-sama memikirkan bagaimana hendak pisahkan yang mana budaya dan yang mana agama. Tahun Baru Cina, itu hari kebudayaan. Semua orang yang berbangsa Cina, tidak kira menganut agama apa pun, harus dan akan menyambutnya.
Tetapi, Hari Raya Aidil Fitri, itu hari keagamaan. Yang berhak menyambutnya, hanyalah penganut yang beragama Islam. Jika ada orang Melayu yang sudah murtad dan tidak lagi menganut agama Islam, makanya, dia tak berhak dan layak untuk menyambut Aidil Fitri.
Apa yang penulis bentangkan adalah percampuran cara kita orang Melayu menyambutnya dengan cara, kita membudayakannya menjadi budaya Melayu.
Orang-orang yang tidak puasa dan solat pun, tidak malu menyambutnya kerana menyangka mereka boleh lakukan begitu kerana mereka Melayu. Pada hal, ini tidak benar.
Sebelum kita komen, baca dan amati tulisannya, baris ke baris. Baharulah kita faham. Pada mulanya pun, saya tidak faham. Saya baca hinggalah 5 kali, baharulah saya faham. Terutama pada perenggan-perenggan yang akhir, penulis jelas menyatakan Aidil Fitri untuk orang Islam dan bukan untuk orang Melayu sahaja.
Dalam masa yang sama, kita yang mengaku tahu adat dan kebudayaan Melayu, cakap sahaja tahu, namun, apabila kita keluarkan komen, ramai di antara kita (orang Melayu) yang gunakan kekakata-kekata yang kesat dan keras. Kalau betul kita orang Melayu dan tahu adat Melayu, kita tidak akan “berkasar bahasa”.
Kesantunan dan kesopanan orang Melayu bukan terletak pada baju atau makanan, tetapi keseluruhan diri orang tersebut, terutama daripada tutur kata, pemilihan kosa kata, cara dia bertutur, perlakuannya.
Menggelar orang nama, yang tidak disenangi, itu bukan adat Melayu jati. Orang Melayu halus tutur katanya. Lembut gerak lakunya, hati-hati dalam menyampaikan maksud di hati. Maka, sebab itulah keluar pantun dan syair.
Dalam masa yang sama, Melayu selalu dikaitkan dengan Islam. Kita kena ingat, Muslim yang baik itu tidak melukakan Muslim yang lain sama ada dengan perbuatan atau perkataan. Maka, marilah sama-sama kita berfikiran terbuka, dan jika ada komen sekali pun, kita gunakan bahasa dan perkataan yang baik, agar orang lain faham maksud hati kita dan tidak menggambarkan kita sebagai Melayu Muslim yang tidak berakhlak mulia.
Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang benar.
Wassalam.
Assalamu’alaikum.
Saya baharu baca tulisan Encik Art Fatzil di Berita Minggu hari ini. Terima kasih kepada Encik Art dan syabas dapat huraikan bagi pihak pengalamannya pula.
Namun, saya rasa dua artikel ini dengan yang minggu lalu jauh berbeza maksud dan tujuannya.
Di sini saya tidak mahu membahaskan kedua-dua artikel itu. Namun, saya ingin mendapatkan penjelasan. Dan penjelasan ini mestilah daripada seorang ustaz atau ustazah. Saya amat dambakan jawapan yang tepat.
Soalan 1.
Pernahkan Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk bermaaf-maafan di bulan Syawal? Kalau ada harap ustaz/ustazah jelaskan beserta hadisnya.
Soalan 2.
Pernahkah Rasulullah s.a.w mengajar atau menyuruh kita berziarah, khusus pada bulan Syawal? Kalau ada harap ustaz/ustazah jelaskan beserta hadisnya.
Soalan 3
Pernahkah Rasulullah s.a.w menggalakkan kita memberi duit kepada kanak-kanak atau orang-orang tua duit sedekah pada bulan Syawal? Kalau ada harap ustaz/ustazah jelaskan beserta hadisnya.
Semua amalan-amalan ini baik. Namun, yang ingin saya dapat penjelasan adalah, adakah Rasulullah menyuruh atau mengajar kita demikian di bulan Syawal.
Yang saya tahu, kita digalakkan memberi orang makan/buka di bulan Ramadhan. Bersedekah pada bulan Ramadhan. Maka, amalan-amalan yang 3 tersebut di atas sepatutnya dilakukan pada bulan Ramadhan untuk mengejar pahala yang berlipat ganda.
JIka saya silap, ustaz atau ustazah harap tegur. Sepengatahuan saya, pada bulan Syawal, kita digalakkan untuk mula bertakbir (memuji kebesaran ALLAH) apabila masuk waktu maghrib sehinggalah kita solat Aidil Fitri pada esoknya.
Kita juga digalakkan beribadah, solat sunnat, bertahajjud dan baca quran pada malam Aidil Fitri. Kita juga diminta ke tempat-tempat lapang untuk solat dan mendengar khutbah Aidil Fitri. Yang terakhir, kita disunnatkan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal.
Itulah pengetahuan saya tentang cara menyambut kemenangah di Adil Fitri dalam koteks Islam.
Semoga ustaz/ustazah dapat jelaskan apa yang diutarakan.
Wassalam.
Merujuk kepada kenyataan Syarifah Farah yang terpaksa membaca sehingga lima kali baru dapat memahamai maksud rencana Encik Zulkifli itu dapat saya fahaminya. Ia adalah kerana rencana itu terbit dan diluahkan oleh orang yang kekeliruan dan tidak faham tentang subjek atau perkara yang hendak dibincangkannya. Saya juga membacanya berkali-kali untuk memahaminya. Encik Zulkifli memang pandai menulis hingga rencananya diterima oleh Berita Minggu untuk disiarkan dan dijadikan bahan untuk gemburan pihak media. Jika dibaca tajuknya “Orang Melayu keliru?” Maka bagi saya jawapan ringkasnya ialah, “Penulis yang keliru.”
Orang-orang Melayu memang terkenal dengan sopan-santun dan berlemah lembut tetapi ia tidak bererti kita semestinya bersikap lembut bila tercabar. Kita juga tidak semestinya hanya berdiam diri apabila dicemuh. Kita juga tidak harus melihat saja jika ada diantara kita yang yang bersikap biadab. Jika beliau ingin menegur, silakanlah dengan cara yang baik jika kita tersilap. Tetapi sekarang beliau mengatakan “Orang Melayu keliru”, “Kesian orang Melayu”. Pada hal hanya jika benar pun hanya segelintir saja yang keliru dan tidak memahami erti sebenar Eidul Fitri. Dengan tersiarnya beberapa rencana balasan dapatlah disimpulkan sekarang bahawa sudah bertemu ruas dengan buku.
Wallahu ‘alam bissawab.
Assalamu’alaikum.
Alhamdulillah ada yang respon. Saya merujuk entri Encik atau Puan B Talib.
Seperti yang saya katakan, kalau kita tidak setuju, biarlah kita tidak setuju dengan idea orang tersebut bukan pada dirinya.
Tambahan pula, kita tidak mengenali siapa sebenarnya Encik Zulkifli ini. Kenyataanya, jelas, beliau hanya ingin kita fikirkan dan pisahkan antara amalan agama Islam dan kebudayaan Melayu.
Maaf B Talib, mungkin anda yang kurang faham di sini. Mesej utamanya itu sahaja.
Kita juga kena tahu bahawa, setiap bahan yang dihantar akan disemak oleh editor. Dan juga akan ditambah bila mana perlu. Saya telah pun dapat membaca petikan yang asli. Salah seorang rakan saya yang melungsuri internet telah terjumpa blog Encik Zulkifli
Tajuknya ialah “Hari Raya Orang Melayu”. Tapi di Berita Minggu ia berubah menjadi “Hari Raya – Orang Melayu Keliru?” Siapa yang bertanggungjawab di sini? Kita pun tidak tahu. Sama ada semasa hantar ke BH Encik Zulkifli yang tukar tajuk, ataupun editor yang tukar tajuk untuk jadikan itu “catchy”.
Isinya juga telah banyak dipotong higgakan ceritanya tergantung. Contohnya tentang minta maaf dan baju hari raya. Pada salinan asli di blog, ada dimuatkan cerita contoh.
Dan sekali lagi, gaya penulisannya adalah seperti orang berbual, bukan sebagai rencana. Itu yang saya katakan ia adalah bahan santai, untuk kita renung bersama. Macam seolah-olah Encik Zulkifli berbual dengan kita.
Dalam tulisannya tidak ada kata-kata yang biadab dan mencabar. Lantas, mengapa kita harus melatah dan melenting? Silalah jawab, bidas namun jagalah bahasa kita.
Orang-orang yang komen terhadap artikel Encik Zulkifli yang dimuatkan di BH Rabu lepas dan semalam, semuanya marah-marah dan emosi. Ada yang agak keras dan kesat bahasanya. Lainlah kalau artikel Encik Zulkifli mencemuh dan mencerca budaya kita. Beliau cuma bentangkan sahaja.
Ingatlah, kita jangan suka-suka menghukum orang lain. Kita baca satu persatu dengan hati yang tenang. Saya juga pada mulanya agak tidak selesa. Namun, saya tidak mahu digolongkan menjadi orang yang akan berdosa pada insan yang tidak tahu menahu marahnya kita, saya baca berkali-kali.
Bila saya lihat maklum balas yang marah-marah, saya cuba cari kalau-kalau ada kata-kata kesat atau cemuhan yang digunakan dalam artikel Encik Zulkifli. Saya tidak jumpa satu pun.
Makanya, saya takut beliau tidak mencemuh budaya kita, tapi kita yang mencemuhnya. Nanti, tidak tentu pasal, pahala Ramadhan kita hangus kerana mencemuh orang yang tidak mencemuh kita.
Semoga hati kita dibimbingi Allah daripada kemukaannya.
WaAllahu’alam.
(Antara dosa yang Allah tidak ampunkan ialah dosa manusia dengan manusia).
Cik Syarifah, sebelum meneruskan ‘perbualan’ kita, ingin saya mulakan dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin’. Kita masih dibulan Raya dan saya rasa masih sesuai jika diucapkan begitu.
Mengimbas kembali semua respons yang diterima mengenai perkara ini, saya tidak fikir kita ini melatah atau melenting. Kita cuma membalas balik dengan pandangan dan rumusan masing-masing. Kita tidak juga mengatakan yang penulis itu biadab. Cuma kita katakan jika ada orang yang biadab kepada kita, kita juga berhak untuk memberikan balasan yang berpatutan. Jika ada yang sudi menjual, sememangnya harus akan ada yang sudi membeli. Allah SWT juga menyediakan balasan terhadap apa yang kita kerjakan.
Satu perkara lagi ialah tafsiran tentang cemuhan dan cercaan dimata masyarakat Melayu. Mungkin pada fikiran dan pandangan Cik Syarifah sesuatu ungkapan itu tidak dirasakan cemuhan atau cercaan, tetapi pada orang lain mungkin dirasakan satu cemuhan atau cercaan kerana sifat kebanyakan orang Melayu memang mempunyai jiwa yang halus dan peka.
Saya harap segala respons yang diberikan tidak dianggap sebagai melatah atau marah tetapi adalah sebagai membalas rencana yang terkeluar didada akhbar berpatutan dengan apa yang telah dibaca.
Mengenai cara sambutan Aidilfitri seperti memberi duit raya, pakai baju kurung, ziarah kubur dipagi raya dan sebagainya memang tidak dinyatakan oleh baginda Rasulullah s.a.w. atau termaktub di dalam Al-Quran. Tetapi ia tidaklah haram. Sebab itulah saya cadangkan kepada penulis yang bertugas sebagai seorang guru supaya mencari seorang guru untuk belajar kebudayaan Melayu selanjutnya. Itu cuma cadangan sahaja.
Terima kasih saudara B Talib kerana menegur saya.
Dalam perenggan kedua saudara katakan “Mengimbas kembali semua respons yang diterima mengenai perkara ini, saya tidak fikir kita ini melatah atau melenting. Kita cuma membalas balik dengan pandangan dan rumusan masing-masing”. Saya hormati apa yang saudara fikir.
Namun, penulis tersebut juga mempunyai fikirannya tersendiri. Yang mana, kita juga patut sama-sama menghormati pemikirannya. Namun, jika kita rasa perlu ditegur, kita tegur, itu tidak salah.
Setelah kita baca respons yang dihantar di akhbar, kita dapat lihat perkataan-perkataan yang keras. Persooalan saya, patutkah? Seperti perkataan buta, penulis sekeluarga tidak sambut Hari Raya dan bermacam-macam lagi. Bukankah ini biadab namanya apabila kita berkasar bahasa begini. Namun, apa yang saya lihat, sejauh ini penulis tidak jawab semula. Tidak tahulah selepas ini.
Apa yang ingin saya ketengahkan ialah, mudah sahaja. Boleh respon. Boleh beri pandangan. Boleh tentang sekali pun. Namun, tidak perlu gunakan perkataan yang kasar. Itu hanyalah mencerminkan keperibadian kita yang amat rendah sekali. Sedangkan saudara katakan orang Melayu mempunyai jiwa yang halus dan peka.’
Maka dalam respon tunjukkan tulisan yang halus dan peka. Seperti yang ditulis oleh Ustaz Pasuni.
Memang memberi duit raya, pakai baju kurung, ziarah kubur dipagi raya dan sebagainya memang tidak dinyatakan oleh baginda Rasulullah s.a.w. atau termaktub di dalam Al-Quran dan mungkin tidak haram. Dan penulis pun tidak katakan itu haram.
Beliau hanya membentangkan sahaja. Pada akhirnya penulis tekankan bahawa kita harus bezakan antara budaya dengan agama.
Kita ada bulan bahasa Melayu dwi tahunan, marilah kita sama-sama semarakkan bulan bahasa Melayu tersebut. Kita berbaju tradisi untuk mengetengahkannya. Jangan biarkan bulan bahasa itu berlaku di sekolah-sekolah dan bilik seminar sahaja.
Ini pandangan saya. Melayu ini bukan daripad segi pakaian, dan adat resam sahaja. Ianya adalah menyeluruh. Pertuturan, pergerakkan, tingkah laku, keperibadian semuanya, itulah hebatnya Melayu.
Maka, saya seru kepada semua yang mengaku Melayu, jadilah Melayu jati, hentikan kata-kata yang kasar dan kasar kerana kita juga nanti dipandang rendah.
Cukuplah dengan remaja-remaja Melayu yang kita sedia maklum sudah banyak mencemarkan nama Melayu atas perbuatan-perbuatan yang negatif. Janganlah kita, yang dewasa ini menambahkan imej yang kurang baik kepada bangsa Melayu yang terkenal, kelembutan dan kesantunannya.
Oh ya, seperkara lagi, saya ingin pandangan saudara B Talib tentang perenggan yang saya tulis sebelum ini iaitu:
Kita juga kena tahu bahawa, setiap bahan yang dihantar akan disemak oleh editor. Dan juga akan ditambah bila mana perlu. Saya telah pun dapat membaca petikan yang asli. Salah seorang rakan saya yang melungsuri internet telah terjumpa blog Encik Zulkifli.

Fikirkanlah, mungkin penulis juga adalah “mangsa” bahan yang ditelah dipotong, maka, tulisannya berubah makna?
Tentang perkara rencana disemak oleh editor itu adalah satu hal yang lazim tetapi sudah tentu ia tidak akan diubah hingga hilang mesej atau tujuan asalnya. Mungkin juga editor memotong perenggan-perenggan yang tidak susuai, atau ayat-ayat yang mereka fikirkan tidak tepat – kita tidak tahu. Apa yang tersurat itulah yang dapat kita baca dan masyarakat pula memberikan pandangan mereka. Jika penulis merasakan dia telah dijadikan mangsa oleh pihak media tersebut, saya cadangkan dia pergi mencari seorang peguam untuk mendapatkan nasihat dan tindakan lanjutan. Itu cuma cadangan saya sahaja.
Assalamualaikum.
Kepada B Talib,sila baca apa yang telah ditulis oleh Wak Cantuk pada hari ini di Berita Minggu (04 Okt 2009).
Wak Cantuk mengatakan,sampai bila kita akan berlapang dada dan menerima pandangan yang mungkin berbeza dari pandangan biasa?.
Dia juga sedar atas banyaknya respon yang negatif terhadapa apa yang ditulis oleh En.Zulkifli Mohd Saad.Ini disebabkan yang memberi komen tidak betul-betul mempertimbangkan dan menganalisa apa sebenarnya hendak dikatakan oleh En.Zulkifli dan yang memberi komen negatif,mereka sepertinya cepat melenting dan marah.
Wak Cantuk menasihatkan para pembaca agar bersikap ‘cool’ atau tenang, bukan marah2 dan melemparkan kata2 kesat.
Saya yakin ini adalah kerja editor yang memberikan tajuk kepada artikel yang ditulis En.Zulkifli.Jika tidak, mengapakah En.Zulkifli tidak menukar topik “Hari Raya Orang Melayu” di blognya??…
Fikirlah sebelum berkata2,sesungguhnya lidah itu lebih tajam dari mata pedang.
Wassalaam.
Memang kita seharusnya berlapang dada dan berfikiran terbuka. Tetapi reaksi masyarakat tentulah berbeza bergantung siapa yang memberikan respons. Jika yang kurang pelajaran, tentulah mereka meluahkannya bersama-sama emosi yang marah. Kita tetap beruntung kerana budaya Melayu kita yang lembut. Bila marah kita hanya mengatakan kata-kata marah. Tetapi bangsa asing akan mengeluarkan kata-kata yang lebih dahsyat. Rakan saya yang pernah tinggal di Amerika mengatakan, jika golongan yang kurang pelajaran tersara dicemuh atau disindir mereka akan memaki pula dengan leteran “four letter words”.
Merujuk kepada sebahagian orang yang tampak marah kerana rencana itu, saya dapat memahaminya kerana ia menyentuh tentang sesuatu kebudayaan yang telah lama diamalkan yang mereka rasa tidak ada salahnya tetapi kemudian dikatakan “awak semua keliru”. Kemudian alasan-alasan yang diberikan pula tidak dapat diterima sebagaimana yang dijelaskan dan disokong oleh Ustaz Pasuni dan juga oleh saudara Art Fazil.
Saya fikir Cik Syarifah pun juga terkeliru dengan tujuan penulis rencana itu (yang tersiar). Penulis tidak hanya ingin membentangkanya supaya kita fikirkan dan pisahkan antara amalan agama Islam dan kebudayaan Melayu. Tetapi beliau jelas ingin mengutarakan yang orang Melayu kita terkeliru. Semua hujah atau kupasan beliau adalah untuk menyokong pendapatnya yang Melayu kita keliru dalam cara-cara merayakan Aidilfitri.
Sebagai seorang Melayu yang sudah bertahun menyambut Hari Raya sebegitu adanya dikatakan kita terkeliru? Kita yang keliru atau penulis yang tidak faham mengapa kita buat dan amalkan begitu?
Tentang Wak Cantuk tu, dia suruh orang cool, tetapi dia sendiri pun tak cool.
Sebelum meneruskan ‘post’ ini, ingin saya mohon maaf kepada semua pembaca jika hal ini terlihat sebagai terlalu meleret tidak ada sudahnya tetapi saya baru terbaca sepenuhnya blog penulis yang asli.
Pada pandangan saya memang sah penulis tersebut tidak faham mengapa kita orang Melayu merayakan Aidilfitri sebagaimana yang kita lihat hari ini.
Sebagai contoh, beliau tidak dapat memahami bahwa kebiasaan memberi duit raya yang hanya tertumpu kepada kanak-kanak dan golongan yang belum bekerja itu bukanlah kerana hukum agama. Tetapi lebih kerana untuk menggembirakan mereka. Ia lebih merupakan hadiah daripada sedekah. Walau apa pun hukumnya tidak penting kerana ia diberikan secara ikhlas dan tidak haram. Jika ada orang yang rasa terpaksa kerana sebab “kalau aku tak bagi, malulah aku” – itu adalah sesuatu masalah peribadi. Kebanyakan kita sudah pun menyediakan peruntukan untuk tujuan ini.
Kekeliruan beliau sudah pun ternyata pada permulaan rencana tentang kegunaan ayat-ayat Selamat Hari Raya supaya ditukar kepada Selamat Bulan Raya di bulan Syawal. Saya pasti ahli-ahli bahasa akan tergelak akan cadangan dan pandangan sedemikian.
Walaubagaimana pun, saya hormati pendapat dan pandangan beliau itu. Cuma yang sebenarya rencana itu membuktikan yang penulis memang tidak atau kurang memahami budaya Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semua jenis masyarakat di dunia Islam bebas menyambut dengan cara mereka sendiri asalkan tidak melanggar hukum-hukum yang telah diajarkan.
Wassalam.
Sebagai orang yang beragama Islam, saya rasa kita serahkan kepada Allah untuk menjadi hakimnya.
Janganlah kita berbalah, dan menuduh antara satu dengan yang lain.
Terpulanglah kepada saudara B Talib.
Apa tujuan dan apa yang ada di hati kita, hanya Allah yang tahu. Siapa yang keliru, Allah juga yang tahu.
Semoga kita dapat pahala daripada amalan Ramadhan kita dan tidak terus mengutuk dan mencela orang hinggalah menghapuskan semua usaha ibadah kita selama sebulan.
waAllahu’alam.
Cik Syarifah, yakinlah ini bukan kutukan tetapi rumusan setelah meneliti dan membaca pandangan dan pendapat yang diluahkan. Bolehlah dikatakan sebagai suatu perbahasan. Yang benar datang dari Allah, yang salah datang dari kita.
Akhir kata ingin saya mengundur diri dengan sebuah peribahasa Melayu – Jika kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga.
Wallahu ‘alam bissawab.
hello hello kopi milo (diborrow khaskan)!
terima kasih atas lungsuri ni halaman.
harap maaf kalau blum respon, masih ngah bergiler raya lagi kot. perut terlalu penuh, otak trus tak berjalan. bih bila nak start respon, orang pun ketuk pintu. terpaksa lah kan, you know paham paham kan?
nanti kang, bila masa free ah nanti kang diulaskan. harap plak bila taim tuh mendatang, ni topik tak jadi basi plak…
wah hot sungguh topic ni
Apa kata buat post selanjutnyer encik sarip membuat ulasan tentang “laungkan azan” bila terasa tremors di flat dan membuat kerja kawin seminggu selepas raya.
Seriousnya korang. Ini Berita Hairan ke Berita Harian? Dah jadi macam kat Mahkamah pulak. Kalau nak debate pun biarlah kat media tv ke, suratkhabar ke, majalah Manja keee …
hehe, tp budaya spt bermaaf maafan, ziarah adalah perkara yg elok, . dari xbermaafan lgsung, baik bermaafan jgk pd hr raya, dari tak berziarah lgsung, baik berziarah jgk pd hr raya. lagipun hari raya ni je la yg sume org balik kmpung, dpt jumpa family besar. ke tak? sekian pandangan saya.
Saya berpendapat sama seperti saudara Zulkifli yang menulis artikel ini. Memang benar apa yang dituliskan. Budaya dan ibadah perlu diasingkan supaya Melayu tau yang bagi duit raya bukan wajib dan orang yang tak dapat duit raya pulak, tak mencemuh tuan rumah. Ini satu contoh, kenapa budaya dan ibadah perlu difahami betul2. Memang bagi duit raya tak haram dan satu sedekah, tapi bila budaya Melayu ini dah dijadikan kewajipan, orang akan pandang negatif dan akan mengata tuan rumah yang tak bagi duit raya, betul tak?
Sama juga dengan budaya Melayu minta maaf di hari raya. Kalau kita tak minta maaf di hari raya, mesti orang akan pandang pelik dan mengata. Dah berdosa dosa…belum apa apa hal, 1 Syawal dah collect dosa. Padahal tak di sunat kan pun minta maaf, nabi tak ajar pun..jadi kita akan banyak terjebak dengan dosa pada bulan Syawal ni iaitu dosa mengata dan mengumpat, hasil dari mengata orang yang tak buat tradisi budaya raya Melayu ni. Inilah kelemahan budaya Melayu yang diagung agungkan oleh orang Melayu, iaitu ia akan bertukar menjadi dosa.
Berapa ramai orang yang ziarah kawan2 dan saudara di bulan Syawal hanya niat kerana Allah? kalau ada bagusla..sebab kebanyakannya niat kerana nak hentam makanan. Siap order lagi yang special2 pada tuan rumah. Dan kita akan kecewa, kalau tuan rumah hidang makanan yang tak sampai expectation kita. Apa jadi? Mengata lagi dalam hati..berdosa lagi…
Itulah sebabnya, kita kena pentingkan budaya Islam (ibadah) dan bukan budaya Melayu, seperti pandangan penulis. Memang benar, Melayu akhir zaman ni menjadi jadi keliru nya…bukan takat hari raya malah banyak lagi isu2 lain…sedarlah semua kaum Melayu…
I think the writer is equally keliru.

Anyway, selamat HARI raya
i read the reply by pasuni maulan today which is a very good rebuttal..a balanced one too..
http://cyberita.asia1.com.sg/mkomentar/story/0,6879,150429,00.html